truthly story's by ana mushi.

тια∂α αρα ʏɢ ℓɛвιн ƖИƉΔĦ ƨɛℓαιи вɛяα∂α ∂ι ƨαмριиɢ мʋ .. мɛиɛмαиι нαяι2 мʋ .. мɛяαωαт ℓʋκα мʋ .. мɛиʏιитαι мʋ ƨɛρɛиʋн нαтι κʋ .. мɛмɛɢαиɢ ʝαиʝι κʋ вαнαωα ακαи мɛиʏαʏαиɢι мʋ ƨɛρɛиʋн ʝιωα & яαɢα κʋ .. hnya kau ∂ιнαтι κʋ .. мαƨιн тακ cʋκʋρ κɛ καʋ ƨακιтι ακʋ нαяι2?? мαƨιн ƨʋƨαн κɛ καʋ иακ ωαт ακʋ ɢɛмвιяα .. тɛяιмα καƨιн ƨʋ∂ι мɛℓιнαт вℓσɢ ιиι .. :)

Sunday, October 30, 2011

TERHARU | MENIPU | HANTU


ASSALAMMUALAIKUM 

yaallah ! aku terasa serba salah .. apa lah naseb pulak kali ni eyh ... ade seorang budak nak kawan ngan aku then jadik seperti ini .. aduhai ! awak kenape ney awak ?? meyh tengok sesama apa yang budak tu hantar soklan dan jawapan .. kau orang tak suke leyh blaa .. NOW ! INI MY BLOG OKEE :)
tenkiuu :p ( SEKADAR STORY untuk semua )

QUESTION & ANSWER :
  1. GELARAN SAYA BAGI AWAK ??
  2. LAGU SESUAI UNTUK SAYA ??
  3. YANG AWAK INGAT PASAL SAYA ??
  4. AWAK NAK SAYA JADI APA UNTUK AWAK??
  5. NASIHAT UNTUK SAYA ??
  6. BEST TAK KENAL DENGAN SAYA ??
  7. AWAK NAK TAK KAWAN DENGAN SAYA ??
  8. SAYANG SAYA TAK ??
  9. PERANGAI SAYA YANG AWAK TAK SUKE ??
  10. KALAU SAYA MATI MACAM MANA ??
tolong balas :)

MARI KITA LIHAT SAMA-SAMA JAWAPAN DIA APA ? ^_^
  1. AYANG ( euuuuuuwwww ! )
  2. UNTUK MU SAYANG @ NIAT HATI KU ( lagu ape tu eak ??)
  3. SAYA INGAT AWAK KUTUK SAYA ( hehe , maaf nak kawan naseb la :p )
  4. SAYA NAK JADIKAN AWAK BINI ( wahhh ! very the gedik kau ! )
  5. JANGAN GATAL-GATAL ( aikk ! kau sapa nah ?)
  6. BEST SANGAT-SANGAT ! ( haha , yeke best tengs doh )
  7. MESTILAH NAK .. ( haha , nak ke kawan aku jahat laa )
  8. SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT ( haha ! sayang lah pulak mamat ney ! risau aku kawan ngan kau )
  9. TAKDE JAWAPAN ! ( haha , gileeee sebb buzy terlupe nak bagi )
  10. LAW AWAK MATI SAYA SEDIH LAH & SAYA AKAN MENYESAL (wtf ! lah sedih and menyesal yang tak leyh angkat der ! ) 

no . 4 hahaha .. BINI2 KU GANGSTER APA ?? =,= NO KOMEN !
no . 10 LAKK , tak leyh blaaaaa cikaiiii ! 

agak BODOH tak ?? err ! kadang2 rase takut pun ada 
( yelaaa ! orang yang pshyco begitu ~ hisssshhh ! layan gitu2 jek .. senang nye lelaki sekarang ucapkan kata cinta kan ?? tak rase serba salah ke atau ade hati perut ke ?? takpeee ~ saya CUKUP LAH ADA DIA SAHAJA !  now ! dye tipu aku aduhai .. lelaki kan .. padahal kawan pun nak menipu .. cukup lah brader .. aku relaksss jek nak kawan takkan lah tu pun nak menipu .. ingat kau sorang jek aku pernah kenal .. haha .. hidup aku dah banyak kali orang menipu ney eyh ! KEJUJURAN AMAT PENTING DALAM PERSAHABATAN MAHUPUN PERHUBUNGAN ! ingat YE SEMUA ! ! !

TERIMA KASIH ITU SAHAJA !
POST UNTUK HARI INI  ..

Saturday, October 29, 2011

Answer FOR your Question

QUESTIO& my Answer :-



  1. gelaran saya bagi awak ??
    answer => my ucuk SAYANG 
  2. lagu sesuai untuk saya ??
    answer => penghujung CINTAku
  3. apa yang awak ingat pasal saya ??
    answer => pelukan , renungan & ciuman :)
  4. awak nak saya jadi apa untuk awak ??
    answer => tanya orang bodoh pon sekali pun dia akan jawab ( husband )
                and protect me .
  5. nasihat untuk saya ??
    answer => jadilah insan yang lebih sempurna hati nya .. walaupun hati kita hanya mencintai seorang dalam hidup dan jangan biarkan hati di hancur kan atas sebab kesilapan yang kita buat sendiri ..
  6. best tak kenal saya ??
    answer => SANGAT2 BAHAGIA mengenali insan seperti awak .. selalu berharap dapat berada disisi awak .. selama hampir bertahun kenal memang susah nak kekal kan PERCINTAAN yg selalu saja tersiksa atas sebab yang tak penting .. kadang2 orang takkan pernah tahu & mereka hanya mampu menilai luaran sahaja .. terima kasih atas segala nya SAYANG 
tidakkah kau tahu sayang .. setiap kehadiran mu dalam hidup ku ini memberikan makna dan kehidupan yg sempurna buat diri ku .. kadang2 bosan memang lah ada mungkin cara dan dunia kita berbeza .. mungkin layanan aku pada kau tak sesempurna dulu .. mungkin juga kasih dan sayang ini mudah berbagi .. tapi cinta ini tak mungkin kan .. dan aku takkan pernah mengharap cinta kau untuk ku. aku juga tak kan pernah mengharap lagi kau tercipta buat ku .. pengharapan itu akan membuat kita rasa terkongkong takut kita tak dapat nak merasai kasih sayang orang lain .. apa yang kita ada kini kita hanya mampu pelihara ye .. kau selalu sangat meletakkan kesalhan pada aku .. aku ! aku ! dan aku ! sampai aku rasa jemu dengan mu .. entry2 ni pun makin membosan kan .. dan kau takkan pernah menghargai kehadiran aku .. bahagia kah aku bersama mu ?? kita hanya mampu meminta tapi allah yang menentukan nya .. semua terletak di hati kita sama ada kita boleh ke tak .. okee laaa .. idea tak de .. merosot jek .. simpan idea tuk BM SPM :) HEHEHEHE .. i will always love you as i can DEAR .

Thursday, October 27, 2011

Pasha Ungu Ft. Adelia - Penghujung Cintaku (Lyrics)


SAAT  kita berdua BERSAMA  melayar bahtera CINTA .. lagu ni terkenang kan mcm awak yang bagi saya .. saya rindu sangat masa-masa kita lalui bersama .. ingat lagi tak saya pegang dada awak dan mengatakan ianya milik saya sahaja .. saya berharap akan itu semua .. awak jangan tinggal kan saya buat kali kedua ye .. saya tak sanggup lah .. meskipun saya dah biasa di tinggal dan meninggal kan TAPI kadang2 saket nak lalui semua itu buat kali terakhir .. kadang2 saya takut nanti BILA saya dah jauh kita makin renggang .. saya pernah nyatakan ENTRY  POST yg lame saya untuk awak .,.. tak tahu lah BLOG ni untuk awak ke untuk sape .. tapi setiap entry yang saye UPDATE berkaitan dengan awak SAYANG .. then , bile awak hancurkan hati saya sangat sakit sayang .. and NOW ! kite akan jarang mesej or jumpe .. just sabar je ye .. awak pon buzy kan .. dengan kawan2 :p hehehe .. okee lah .. saya tak balas mesej2 awak pon SEBAB SAYA BUKAK FB tapi bukan buat ape pon .. hmmmm .. SAYA SAYANG AWAK SANGAT2 .. boleee?? :p hihihihi .. byeee2 ! ngantuk PETANG2 gini :p 
EIYA RAHIM : aku BOLD name kau jangan nak stalker sangat ye :p hahaha .. name kau pun ade .. hoho,.

plissss READ >>>>>>>

Tuesday, October 25, 2011

sekali terasa memg merana :(

siapa pun engkau aku tetap sayang .
apa pun yang kau lakukan aku tetap tenang
segala kesakitan yang kau berikan tetap akan aku kenang
selagi hayat di kandung badan kau mungkin teman
tetapi ..
ingat laa dan sedar lah setiap manusia akan membuat kesilapan
aku akan memaafkan segala nya
kau hidup lah dengan hati yang tenang
agar kau akan selalu bahagia
dan aku akan selalu berada disamping kau
meski aku cuma kawan kau

kadang2 memang susah kita nak jaga hati seseorg
tak kira sape dye pade kite
mungkin terlalu awal memikirkan semua nya
aku akan buktikan aku akan pergi jauh dari hidup kau
dan pade mase tu kau takkan aku sakiti
dan aku takkan kau sakiti lagi

sedih sangat2 sedih series sedih :'(
aku rase macam2 dalam haty aku
otak aku bercelaru
tengsss kawan ..

kau buat aku mcm tu ..
kuar ngan pompan malam2
teman kan ?
aikk , dh takde laki lain ke kau yg dye nk ajak
memang menampakkan dye suke kau
dan kau lak menggatal tahap gaban
haalllaaa !
haha

semoga pengajaran buat aku nasib baik
sekarang dah terjadi
boleh lah aku buktikan pada
kedua ibu bapa tercinta aku
aku boleh pergi jauh .. tak perlu amik tahu hal kat larkin ni
yess ! dah nak pindah skudai
dekat dengan buah aty aku yang kecik tu
sayang buah haty acik
sayang ..
nanti law makin jauh kite anggap laa kite mcm mimpi
apa yang perlu kau buktikan
kau mampu memberi kesenangan kepada
kedua ibu bapa kau
itu amat penting ..
jangan biarkan keluarga kite tak merestui perhubungan
kite kelak
.....
kite tetap kawan selamanya ..
walaupun itu bukan doa aku pada awal nya
selamat berjaya tanpa aku lagi nanti
kite habis kat sini saje okee ..

aku dah fed-up berkawan
mcm setan
puiiiiii !

:p

Sunday, October 2, 2011

renungan BERSAMA


Pak Lang Khasim Hasan's photos
Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.